My Add

Thursday 3 May 2012

KTM tangguh penggunaan sistem baru jualan tiket komuter

KLANG, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Sistem kutipan tambang secara automatik (AFC), yang sepatutnya siap dipasang di 53 stesen Komuter KTM sebulan lalu, mungkin tertangguh hingga Julai ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, hari ini. 

Beliau berkata, kontraktor bagi projek itu memerlukan lebih banyak masa untuk memasang sistem berkenaan.
Bagaimanapun, kata Kong, perkara itu tidak membabitkan kos tambahan bagi projek itu.

"Semua kelengkapan bagi sistem penjualan tiket ini sudah dihantar ke tempatnya, cuma proses pemasangannya saja yang tertangguh. 

"Kontraktor terbabit meminta tempoh hingga Julai untuk memasang sistem ini dan saya berharap ia tidak melebihi tempoh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melawat projek tempat meletak kenderaan di Stesen Komuter Padang Jawa di sini. 

Ditanya sama ada kontraktor berkenaan akan didenda kerana kelewatan itu, Kong berkata, perkara itu bergantung pada laporan akhir mengenai projek berkenaan. 

Projek bernilai RM85.88 juta itu membabitkan kerja mereka bentuk, menghasilkan, membekal, memasang dan mentauliahkan sistem AFC. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment