My Add

Monday 7 May 2012

Murid maut diputar pembajak


*ANGGOTA trafik, Sarjan Zakaria Saidin menunjukkan pengisar jentera pembajak yang meragut nyawa Muhammad Fariz Najmi Nurizan (gambar kecil) selepas mangsa terjatuh dari jentera tersebut di Kampung Kubang Palas, Kedah, kelmarin.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

PADANG TERAP, AHAD, 06 Mei, 2012: Seorang murid lelaki berusia sembilan tahun maut dalam keadaan mengerikan setelah terkena bilah mesin pembajak yang dipandu bapa saudaranya di Kampung Palas, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Muhammad Fariz Najmi Nurizan dikatakan mengikuti bapa saudaranya, Habibullah Halim, 27, membajak sawah dengan duduk di bahagian tepi jentera tersebut sebelum terjatuh.

Lebih malang, Muhammad Fariz terjatuh tanpa disedari oleh Habibullah yang memandu jentera jenis Ford 6600 tersebut.

Habibullah hanya mengetahui kemalangan itu selepas mendapati mangsa tiada di tepi sebelah kiri jentera setelah memandu kira-kira 30 meter. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment