My Add

Monday 14 May 2012

Najib tiba di London untuk lawatan kerja dua hari


*NAJIB diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong (kanan) ketika tiba di Hotel Dorchester di London, hari ini. Perdana Menteri adalah dalam lawatan kerja dua hari ke United Kingdom. - Foto BERNAMA

LONDON, ISNIN, 14 Mei, 201: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini, pagi ini (waktu tempatan London) untuk lawatan kerja dua hari ke United Kingdom. 

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Hazizah Ahmad, semasa tiba di lapangan terbang Farnborough, kira-kira sejam perjalanan dari sini.

Satu daripada kemuncak lawatan beliau ialah majlis resepsi yang diadakan Putera Wales, Duli Yang Maha Mulia Putera Charles, sempena penganugerahan Charter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS).

Najib dijemput oleh Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi itu yang akan diadakan di St James Palace, Selasa malam. 

Penganugerahan Charter Diraja itu kepada OCIS adalah signifikan kerana menandakan kali pertama sebuah institusi Islam di UK dianugerahkan dengan status berprestij itu sejak Charter sedemikian dikurniakan oleh Raja-Raja dari 1231. 

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri akan turut melancarkan Rakan Barisan Nasional UK pada petang ini yang bakal diadakan di Dewan Negara. 

Kemudian beliau akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum antara Felda Global Ventures dan dua rakan kongsi strategik. 

Pada sebelah malam, Najib akan bertemu dan beramah mesra dengan komuniti Malaysia di United Kingdom pada majlis Bersama Perdana Menteri di dewan konsert The 02 arena, Greenwich, Timur London yang boleh memuatkan kira-kira 2,000 orang. 

Menurut Zakaria, majlis itu akan membolehkan rakyat Malaysia di sini berinteraksi dalam suasana santai dengan perdana menteri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment