My Add

Monday 14 May 2012

Rakyat Malaysia diculik di Selatan Filipina diselamatkan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Mei, 2012 : Rakyat Malaysia, Mohd Nazarrudin Saidin, 39, yang diculik di Selatan Filipina setahun lalu berjaya diselamatkan dan dilaporkan dalam perjalanan pulang ke tanah air. 

Nazarrudin, seorang penganggur dari Sungai Buluh, diculik oleh 10 lelaki bersenjata yang menyerbu rumah sewanya di Indanan, Jolo pada 8 Mei lalu, ketika dalam proses melakukan urus niaga membeli tokek, sejenis cicak yang ditawarkan dengan harga tinggi di pasaran gelap.

Kumpulan penculik berkenaan sebelum ini menuntut wang tebusan sebanyak RM5.6 juta bagi membebaskan Nazarrudin.

Pada 15 Mac lalu, Ketua Polis Wilayah Sulu, Antonio Freyra, berkata mereka masih belum dapat mengesahkan kematian Veetil yang dikatakan dibunuh walaupun kumpulan bersenjata yang menahannya sudah pun menerima wang tebusan daripada isteri mangsa, Elena Asanji, seorang rakyat Filipina. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment