My Add

Monday, 10 September 2012

2 bot nelayan dari Malaysia ditahan di perairan Kalimantan

JAKARTA, ISNIN, 10 September, 2012: Pasukan tentera peronda sempadan Indonesia menahan dua bot nelayan dari Malaysia pada malam kelmarin kerana didakwa menangkap ikan di perairan Indonesia, di luar pantai Pulau Nunukan, Kalimantan Timur.

Media tempatan melaporkan hari ini bahawa enam nelayan, iaitu tiga orang dari setiap bot turut ditahan bersama bot berkenaan di Pelabuhan Inhutani daerah Nunukan, namun laporan tidak menyebut secara jelas kewarganegaraan mereka.

Daripada enam orang yang ditahan itu, hanya tiga orang yang dilaporkan mempunyai dokumen perjalanan sah iaitu dua daripadanya menggunakan pasport manakala seorang lagi menggunakan pas lintas sempadan.

Satu daripada pasport itu dikeluarkan pejabat Konsulat Indonesia di Tawau.

Seorang daripada nelayan itu dilaporkan berasal dari Campalagian, daerah Polman, Sulawesi Barat, Indonesia.

Pihak berkuasa berkata, ada lima bot nelayan dari Malaysia sedang menangkap ikan di perairan itu ketika pasukan tentera peronda sempadan Indonesia menghampiri kawasan berkenaan pada malam kelmarin, bagaimanapun tiga daripada bot itu sudah melarikan diri.

Berdasarkan maklumat daripada nelayan tempatan, bot dari Malaysia itu dikatakan sering menangkap ikan di perairan itu. 

Bot itu akan memasang bendera Indonesia apabila berada di situ dan menukarkan kepada bendera Malaysia apabila berada di perairan Malaysia, menurut laporan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment