My Add

Monday 10 September 2012

Pembangunan sekitar Tasik Chini masih terkawal: MB

BENTONG, ISNIN, 10 September, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata aktiviti pembangunan di sekitar Tasik Chini masih terkawal dan tiada sebarang pencerobohan berlaku dalam kawasan tasik itu.

Katanya, situasi itu beliau disaksikan sendiri minggu lepas ketika meninjau tasik tersebut yang diwartakan sebagai Taman Pelancongan pada 1989.
"Saya lihat air tasik jernih, tidak kotor seperti yang didakwa dan keadaan nampak terkawal.

"Setakat ini pembangunan di sekitar Tasik Chini oleh agensi kerajaan seperti Risda dan Felcra dibenarkan kecuali dalam kawasan yang telah digazetkan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangai dekat sini, semalam.

Adnan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai berkata kerajaan negeri tidak akan membenarkan permohonan apa sahaja kegiatan yang hendak dijalankan dalam kawasan tasik berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment