My Add

Saturday 8 September 2012

24,000 kes mahkamah syariah di Kelantan masih tertangguh

Jamil Khir Baharom
  Jamil Khir 
KOTA BHARU, SABTU, 08 September, 2012: Kerajaan Kelantan diminta menyelesaikan kes tertangguh di Mahkamah Syariah yang kini mencecah 24,000 kes daripada terlalu sibuk membicarakan soal hukum hudud.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata berbanding negeri-negeri lain yang hanya sekitar 3,000 kes, Kelantan perlu mengutamakan usaha menyelesaikan segera kes tertangguh itu.

"Dalam soal ini kita menyusun, kebersamaan untuk kita mencapai (menyelesaikan) bicara mahkamah yang belum diselesaikan.

"Rata-rata mahkamah lain ada 3,000 kes yang terbengkalai. Di Perlis ada 500 kes dan tahun ini kita letak KPI untuk selesaikan kes tertunggak dalam tempoh tiga tahun," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.

Menyentuh mengenai kuota haji, Jamil Khir berkata, sehingga kini kerajaan Arab Saudi belum memberi jawapan untuk membenarkan kuota tambahan kepada jemaah haji negara ini.

"Sampai sekarang pun kita belum lagi diberi jawapan untuk kuota tambahan itu. Kita ada kuota tambahan itu," katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, rakyat kini sudah memahami banyak perkara yang disiar dalam sesetengah media baru sebenarnya banyak mengandungi unsur fitnah.

"Tidak seperti tahun 2008 dulu, mereka menganggap media baru ini adalah sumber utama tetapi kini mereka mengetahui sebahagian besarnya adalah fitnah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment