My Add

Wednesday 5 September 2012

ADUN DAP kena tumbuk



*GWEE Tiong Hiang yang cedera ditumbuk dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, untuk pemeriksaan lanjut, semalam.

MUAR, SELASA, 04 Septemb er, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tiong Hiang, dikejarkan ke hospital kerana cedera di kepala selepas ditumbuk seorang lelaki dipercayai ahli DAP pada majlis makan malam parti tersebut di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, wakil rakyat DAP tersebut tiba di sebuah restoran untuk jamuan makan malam anjuran DAP Bahagian Bakri tetapi dihalang dua wanita yang mendakwa beliau tidak mempunyai tiket.

Bagaimanapun belum sempat Tiong Hiang menunjukkan tiketnya, secara tiba-tiba seorang lelaki muncul dan menumbuk muka beliau.

Tiong Hiang berkata, dia tidak dapat mengecam individu terlibat kerana insiden itu berlaku secara tiba-tiba. - UTUSAN

1 comment:

  1. Org Muar dah jelak ngan mamat nie... MCA akan menang kembali di Muar...

    ReplyDelete