My Add

Wednesday 5 September 2012

Che Mat Jusoh dipanggil SPRM

 Che Mat Jusoh
KUALA TERENGGANU, RABU, 05 September, 2012: Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pengurus pasukan bola sepak Terengganu itu menjelaskan beliau dipanggil oleh badan pencegah rasuah itu untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai pergolakan dalam pasukan negeri itu.

"Memang benar saya dipanggil oleh SPRM semalam untuk membolehkan mereka mendapatkan sedikit maklumat mengenai apa yang berlaku dalam pasukan sekarang.

"Itu sahaja yang saya boleh beritahu... saya dipanggil SPRM mendapatkan beberapa maklumat... itu saja," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

Beliau bagaimanapun berkata telah memberikan kerjasama penuh bagi memudahkan serta melicinkan siasatan tersebut.

Akhbar hari ini melaporkan SPRM menjalankan siasatan berhubung dakwaan menjual permainan dalam kalangan pemain Terengganu ketika skuad dari Pantai Timur itu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia Sabtu lalu.

Antara yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah Che Mat dan penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Terengganu dikira telah terkeluar dalam meneruskan saingan Piala Malaysia 2012 setelah tumpas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 untuk menghuni tangga tercorot kumpulan B dengan mengumpul lima mata di sini malam tadi.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment