My Add

Wednesday 12 September 2012

Ambiga gagal dapat kebenaran merayu

PUTRAJAYA, RABU, 12 September, 2012: Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga gagal mencabar notis yang menghalang kemasukannya ke Sarawak semasa pilihan raya negeri, April tahun lalu selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonannya bagi mendapatkan kebenaran merayu.

Demikian keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datin Paduka Zaleha Zahari.

Mahkamah memutuskan demikian selepas berpuas hati beliau gagal melepasi syarat yang dikehendaki oleh Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964 bagi membolehkan kuorum itu membenarkan permohonannya.

Ambiga turut diperintah membayar kos berjumlah RM10,000.

Dengan keputusan itu, panel tersebut mengiktiraf keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau sepatutnya memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar notis itu di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, bukan di Mahkamah Tinggi Malaya seperti yang dilakukannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment