My Add

Wednesday 12 September 2012

Kes amuk JPM: Wanita mungkin perlu pemeriksaan mental

PUTRAJAYA, RABU, 12 September, 2012: Wanita yang didakwa melakukan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), dua bulan lalu kemungkinan perlu menjalani pemeriksaan mental bagi memastikan dia benar-benar layak dibicarakan atas tuduhan yang dihadapinya.

Peguam M. Visvanathan ketika membayangkan perkara itu berkata, pemeriksaan oleh pakar psikiatri bertujuan menentukan tahap keupayaan mental Muhdalena Ahmad, 28, selain memastikan motifnya terlibat dalam kejadian tersebut.

Peguam bela yang baru dilantik hari ini menyatakan demikian kepada pemberita selepas prosiding sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 11 dan 12 Oktober depan bagi perbicaraan kes Muhdalena yang menghadapi dua tuduhan berasingan iaitu melakukan ugutan jenayah dan membawa pedang yang dikelaskan sebagai senjata berbahaya.

Hakim Mohd. Kamil Nizam turut menetapkan 28 September depan bagi sebutan untuk pengurusan kes terakhir bertujuan memastikan urusan penyerahan dokumen diselesaikan sebelum perbicaraan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment