My Add

Saturday 8 September 2012

Anggota TUDM maut dilanggar di Kuantan

KUANTAN, SABTU, 08 September, 2012: Seorang anggota wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang berjalan kaki, maut selepas dilanggar sebuah kereta di Simpang 3, Jalan Tebuan 7, Kem Batu 10 di sini, malam tadi.

Mangsa, Jasmelia Jafari, 27, cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mangsa sedang berjalan sendirian di kawasan kem itu.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika kereta yang dipandu seorang lelaki terlanggar mangsa. Mangsa yang cedera teruk dibawa ke HTAA untuk rawatan bagaimanapun, dia disahkan mati pada jam 11.20 malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment