My Add

Saturday 8 September 2012

Pelajar Tingkatan 2 ditahan dalam Ops Cegah Mat Rempit

SERI KEMBANGAN, SABTU, 08 September, 2012: Usianya baru 14 tahun, namun dia sudah hebat merempit di lebuhraya.

Pelajar tingkatan 2 sebuah sekolah menengah itu juga bertindak berani cuba merempuh sekatan jalan raya berhampiran Lebuh Silikon, Lebuhraya Besraya di sini, dalam satu operasi khas cegah mat rempit, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, dia akhirnya ditahan bersama 199 lagi penunggang motosikal dalam ops khas bersepadu dijayakan oleh Unit Khas Trafik Bukit Aman bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor itu.

Sementara itu, seorang penunggang berusia 30 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal Yamaha 135 LC yang dipercayai curi.

Suspek yang turut dikesan positif dadah mendakwa membeli motosikal itu dengan harga hanya RM500 dari seorang rakannya.

Pemeriksaan mendapati motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran palsu yang didaftarkan untuk sebuah kereta Proton Persona milik seorang wanita di Subang Jaya.

Ketua Operasi dari Unit Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Asisten Superintendan Khuzir Abd Majit, berkata operasi khas besar-besaran cegah mat rempit di Lebuhraya Besraya ini sudah lima kali dilakukan dalam tempoh dua tahun. - BH

No comments:

Post a Comment