My Add

Saturday 8 September 2012

Bajet 2013: peruntukan semua kementerian meningkat

IPOH, SABTU, 98 September, 2012: Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini akan menyaksikan peruntukan kepada semua kementerian meningkat berbanding tahun ini bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kebajikan rakyat terus terbela.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, draf Bajet 2013 telah dibincang dan diluluskan oleh Kabinet Rabu lalu.

"Secara keseluruhannya, semua kementerian akan menerima lebih banyak peruntukan kecuali satu atau dua kementerian disebabkan rasionalisasi perbelanjaan.

"Kita telah berbincang dengan Bank Dunia dan kemudian di bawah inisiatif reformasi strategik (SRI) yang kita teliti perbelanjaan satu demi satu. Umumnya, semua kementerian akan dapat lebih peruntukan dan ada sedikit kementerian akan dapat kurang berdasarkan SRI," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pasar Raya Besar Mydin di Gugusan Manjoi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment