My Add

Saturday 8 September 2012

Tsu Koon akan jawab isu jual tanah di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, SABTU, 08 September, 2012: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan menjawab isu penjualan tanah ketika Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu dalam tempoh terdekat.

Katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau perlu memeriksa dan meneliti laporan berhubung penjualan tanah berkenaan sebelum memberi penjelasan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Saya pasti akan memberinya jawapan dalam masa terdekat, tetapi saya tidak mempunyai fail sekarang kerana kami telah meninggalkan fail di pejabat Ketua Menteri, jadi saya perlu baca laporan dan periksa fail-fail itu.

"Sepatutnya, Guan Eng tidak perlukan penjelasan kerana semua yang beliau nak, ada dalam fail di pejabatnya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Dana Khas Belanjawan 2012 kepada 37 sekolah mubaligh zon utara di sini hari ini.

Tsu Koon mengulas kenyataan Guan Eng yang meminta kerajaan negeri pimpinan BN sebelum ini menjelaskan semua isu penjualan tanah yang dilakukan jika mahu beliau berbuat demikian dalam isu tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment