My Add

Thursday 20 September 2012

Bantahan hina nabi di Masjid Jamek Kampung Baru esok

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 September, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO akan menganjurkan perhimpunan aman bagi membantah filem "Innocence of Muslims" dan tindakan sebuah majalah Perancis, "Charlie Hebdo" menerbitkan kartun memaparkan Nabi Muhammad S.A.W dalam keadaan bogel, di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat esok.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) dan wakil-wakil pelbagai pertubuhan kerajaan (NGO) dijangka menyertai perhimpunan itu.

"Secara dasarnya, kita bersepakat dengan Dewan Pemuda Pas untuk membantah perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W namun perhimpunan dianjurkan secara berasingan bagi melicinkan urusan kawalan keselamatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pemuda UMNO. Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan akan mengetuai perhimpunan anjuran sayap berkenaan selepas solat Jumaat esok dan mereka dijadualkan berkumpul di pekarangan bangunan Lembaga Tabung Haji di sini sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment