My Add

Thursday 6 September 2012

CAP bimbang penjualan loket radioaktif di pasaran

PULAU PINANG, RABU, 05 September, 2012: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan penjualan loket radioaktif oleh sebuah syarikat jualan langsung yang dikatakan mempunyai paras radiasi melebihi tahap dibenarkan.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya pernah menyuarakan kebimbangan mengenai kesan buruk loket beradioaktif tersebut selepas menerima aduan daripada pengguna.

Menurutnya, awal tahun ini Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan tentang pengharaman loket itu ekoran radioaktif berkenaan.

“Berdasarkan hasil analisis LPTA, kepekatan bahan radioaktif thorium-232 dan uranium-238 pada loket berkenaan melebihi paras yang dibenarkan,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment