My Add

Thursday 6 September 2012

Penjaja tertindas 'serbu' majlis Hari Raya DAP

*M. Balakrisnan mengadakan sidang akhbar selepas Abdul Malik Kassim enggan keluar untuk bersemuka pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP di luar Balai Rakyat Jalan Patani Georgetown semalam. - UTUSAN/ ismail kamadin

PULAU PINANG, RABU, 05 September, 2012: Berang dengan layanan acuh tidak acuh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap mereka, sekumpulan penjaja di Padang Kota Lama nekad 'menyerbu' majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP malam tadi.

Kira-kira 20 penjaja termasuk ahli keluarga mereka berhimpun di luar Balai Rakyat Jalan Patani di sini bermula pukul 8 malam sambil membawa kad-kad yang antaranya tertera perkataan 'Lim Guan Eng pembohong', 'Mana janji Lim Guan Eng nak tolong nasib peniaga?' dan 'Mana Exco Melayu? Mana janji PRU-12'.

Mereka turut berteriak memanggil Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim supaya keluar untuk bersemuka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment