My Add

Friday 14 September 2012

DAP belum putus pilihan raya beraingan: Seng Giaw


  Dr Tan Seng Giaw
Pas Selangor mahu Pusat ikut PKR

SHAH ALAM, JUMAAT, 14 September, 2012: DAP menegaskan cita-cita PKR mengadakan pilihan raya berasingan di Selangor belum mendapat kata putus parti itu.

Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara itu masih belum mendapat kata putus sepenuhnya.

Menurutnya, pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai amaran dan perkara itu sebenarnya belum lagi diputuskan oleh Pakatan Rakyat (PR).

"Pilihan raya secara berasingan didakan di Sarawak, tetapi ia berlaku kerana ada sebab dan peristiwa hingga membuatkan perlu untuk pilihan raya diadakan secara berasingan.

"Tetapi apa yang berlaku di sini, tidak menampakkan perlu diadakan berasingan. Lebih baik ia diadakan serentak sahaja," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasrat pilihan raya secara berasingan itu kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum beri sebarang.
 Dr Abdul Rani 

Sementara itu Kerajaan Pusat perlu menunggu Selangor menamatkan penggal berdasarkan mandat semasa yang berakhir hujung April 2013 jika tidak mahu berdepan masalah kos tambahan dan pembaziran masa.

RUWAIDA MD ZAIN memetik Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman sebagai berkata, isu pembaziran masa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menyediakan kos tambahan tidak akan timbul jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada waktu yang sepatutnya.

“Kalau nak elak bazir masa dan kewangan, tak payah buat sebelum tempoh berakhir penggal. Buat sekali tahun depan dan biar sampai habis penggal, jangan buat awal.

“Mereka (Barisan Nasional) kata Pakatan Rakyat (PR) tidak menepati janji. Bagaimana nak realisasikan semuanya kalau masa tidak cukup. Bagi masa sebab kami nak selesaikan manifesto yang ada," katanya, di sini, semalam.

Dr Rani berkata, jika tidak mahu menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar Selangor dan terpaksa pulang semata-mata kerana pilihan raya, Kerajaan Pusat perlu mengadakannya serentak dengan Selangor tahun depan.

Bagaimanapun katanya, beliau akan cuba memanjangkan cadanganuntuk menyediakan sedikit peruntukan jika ada keperluan bagi membantu meringankan beban rakyat Selangor pulang mengundi dua kali.

“Memang baik buruknya (pilihanraya berasingan) tetapi kalau betul jadi seperti itu (berasingan) kita cuba fikirkannya. Cuba panjangkan dan bagi cadangan kepada parti dalam mesyuarat parti nanti (Jumaat ini ada satu perjumpaan).

Bagaimanapun, Selangor mesti cukup penggalnya juga,” katanya. Beliau juga tidak menafikan, tindakan mempercepatkan PRU13 membuktikan BN takut dengan manfaat yang diperoleh rakyat melalui program Kerajaan Negeri PR memandangkan program yang tiada dalam manifesto pun dilaksanakan seperti 'Jom Shopping' dan sebagainya.

Dalam pada itu katanya, tarikh PRU13 sepatutnya diumumkan lebih awal kerana yang akan mengundi berhak mengetahuinya. - Sinar Harian


No comments:

Post a Comment