My Add

Tuesday, 4 September 2012

Dasar Automotif Negara dilaksana secara berperingkat

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 September, 2012: Teka-teki mengenai tarikh pengumuman Dasar Automotif Negara (DAN) akhirnya terjawab apabila kerajaan hari ini memberitahu telah pun mengumumkan dasar itu secara berperingkat sejak pertengahan tahun ini.

Ini bererti tiada lagi pengumuman rasmi yang membentangkan semua dasar pada satu masa seperti mana yang dipraktikkan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman itu bermula dengan dasar pemberian insentif kepada pemain industri yang mengeluarkan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Setakat ini, katanya, pengeluar kenderaan asing, Honda telah diberi insentif untuk meningkatkan kapasitinya di negara ini.

"Kami masih berunding dengan dua atau tiga lagi syarikat automotif tempatan dan luar negara bagi pemberian insentif yang sama," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment