My Add

Tuesday 4 September 2012

Laporan akhbar Cina dipersoal


*ABU Bakar Yahya (duduk, tengah) bersama ahli Perkasa dan Wira Perkasa Selangor menunjukkan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang laporan serta gambar yang disiarkan didakwa melampau dan tidak sensitif pada pertemuan dengan Utusan Malaysia di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, ISNIN, 03 September, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri Selangor mempersoalkan tindakan akhbar-akhbar Cina tempatan yang didakwanya tidak sensitif terhadap kestabilan negara dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, ini kerana laporan akhbar tersebut amat berat sebelah seperti laporan tentang Himpunan Hijau Raub semalam.

Menurut beliau, pihaknya melihat perkara itu sebagai strategi sulit pihak tertentu untuk memastikan kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment