My Add

Monday 3 September 2012

Datuk Dr. Hashim Haron Ketua JSJ baru Johor

JOHOR BAHARU, ISNIN, 03 September, 2012: Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman Datuk Dr Hashim Haron hari ini menerima tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor yang baharu.

Majlis penyerahan tugas diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini disaksikan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, pegawai kanan polis serta anggota.

Hashim, 56, dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Amer Awal yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Hashim yang berkhidmat lebih 28 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata beliau akan meneruskan usaha memerangi jenayah di negeri ini dengan memberi tumpuan terhadap aduan awam.

"Diharapkan saya dapat meneruskan kecemerlangan yang dicapai Polis Johor sebelum ini khasnya dalam membanteras jenayah. Berikutan itu kerjasama daripada pegawai dan anggota serta masyarakat di negeri ini amat diperlukan,” katanya.

Sepanjang khidmatnya, Hashim pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat pada 2004 sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Manjung, Perak; Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Jeli di Kelantan sebelum berpindah ke Bukit Aman. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment