My Add

Tuesday 4 September 2012

Polis siar 11 foto himpunan Janji Bersih

Orang ramai diminta kesan
*DATARAN Merdeka pada 30 Ogos lepas.
*PESERTA perhimpunan dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai.

KUALA LUMPUR. ISNIN, 03, September, 2012: Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook hari ini menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.

"Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 019-2602344," kata Ku.

Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. - BERNAMA
*PERHIMPUNAN Janji Bersih: Antara individu dikehendaki polis
Polis siar 11 gambar himpunan Janji Bersih
*PERHIMPUNAN Janji Bersih: Antara individu dikehendaki polis
Polis siar 11 gambar himpunan janji bersih
*PERHIMPINAN Janji Bersih: Antara individu dikehendaki polis
Polis menyiarkan 11 keping gambar individu yang terlibat dalam Himpunan Janji Bersih
PERHIMPUNAN Janji Bersih: Antara individu dikehendaki polis

No comments:

Post a Comment