My Add

Friday 14 September 2012

Dua mangsa rompak ditemui mati

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 September, 2012: Dua individu dipercayai mangsa samun ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga dan rakan wanitanya Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap.

"Pemeriksaan mendapati ada kesan selongkar di rumah itu. Dipercayai jam tangan, barang kemas dan wang tunai telah disamun.

"Turut dilarikan dua buah kenderaan jenis BMW dan Toyota Vellfire," katanya kepada Bernama hari ini.

Mangsa dipercayai dibunuh pagi semalam namun kejadian itu hanya disedari malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment