My Add

Friday 14 September 2012

120,000 pelarian Myanmar dibenarkan pulang

BANGKOK, JUMAAT, 14 September, 2012: Kira-kira 120,000 pelarian Myanmar di Thailand akan dibenarkan pulang ke negara asal mereka dalam tempoh setahun.

Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) dalam kenyataannya berkata, perbincangan antara Bangkok dan Yangoon baru-baru ini akan membolehkan beratus-ratus ribu rakyat Myanmar, kebanyakannya etnik minoriti Shan dan Karen, pulang ke kampung halaman masing-masing.

Kesemua rakyat Myanmar itu melarikan diri dari perang yang meletus semasa di bawah pemerintahan junta tentera dan berlindung di kem-kem yang ditempatkan di sempadan Thailand.

"Myanmar masih berusaha membersihkan periuk api yang ditanam di sepanjang sempadan dan membina kem perlindungan serta kemudahan baru dalam tempoh setahun," jelas kenyataan tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment