My Add

Wednesday 5 September 2012

Faktor dorong kehidupan songsang

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 September, 2012: Fahaman sekularisme dan liberalisme merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Enizahura Abdul Aziz berkata, cara hidup yang permisif dan terbuka mendorong kepada penularan kehidupan yang songsang.

Malah apa yang merunsingkan, katanya, golongan berfahaman sedemikian melabelkan agama sebagai tidak progresif dan kalut kerana tidak menerima serta memperakui cara hidup yang mereka pilih.

‘‘Golongan berfahaman sekularisme memegang prinsip bahawa agama tidak harus mencampuri urusan duniawi manusia serta meletakkan domain agama sebagai sesuatu yang peribadi.

‘‘Perkara tersebut membawa kepada kehidupan yang berasaskan materialisme semata-mata tanpa bersandarkan kepada aspek kerohanian manusia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment