My Add

Tuesday 11 September 2012

Gagal tunjuk kad pengenalan, penjual burger dipenjara 6 bulan

KOTA BHARU, SELASA, 11 September, 2012: Akibat gagal menunjukkan kad pengenalan kepada pihak berkuasa, seorang penjual burger dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman

tersebut bermula dari tarikh tangkap selepas tertuduh, Mohamad Hazuan Shakri, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya.

Tertuduh didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan apabila

diminta berbuat demikian oleh anggota polis dalam satu pemeriksaan di Kampung Tanjung Stan, Pasir Tumboh di sini kira-kira pukul 3 petang pada Sabtu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment