My Add

Tuesday 11 September 2012

Malaysia tuan rumah sidang ketua tentera udara ASEAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 SeptEMBER, 2012: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Ketua Tentera Udara Negara-Negara ASEAN (AACC).

Persidangan kali kesembilan itu dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin. Inilah kali kedua TUDM dipilih sebagai tuan rumah persidangan tersebut.

Kenyataan TUDM berkata, AACC yang berlangsung sehingga 13 September dan dihadiri kesemua ketua-ketua tentera udara negara ASEAN itu akan memfokuksn kepada isu-iu semasa serantau.

"AACC kesembilan ini akan membawa tema "Memperkukuhkan Kerjasama Keselamatan Tentera Udara ASEAN ke Arah Komuniti ASEAN 2015: Pendidikan dan Latihan," kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment