My Add

Wednesday 12 September 2012

Gerakkan pendidikan keusahawanan

KUBANG PASU, SELASA, 11 September, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi mengarahkan naib canselor di semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini mengangkat pendidikan keusahawanan agenda utama dengan menjadikannya sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembangunan pendidikan keusahawanan di IPT dapat bergerak pantas dan berkesan jika naib canselor serta pengurusan tertingginya memberikan tumpuan terhadap perkara berkenaan.

"Pelaksanaan program keusahawanan adalah berbeza bagi setiap IPT. Ada yang meletakkannya di bahagian Hal Ehwal Pelajar dan terdapat juga yang berada di bawah naib canselor.

"Kementerian mahu menyeragamkannya supaya naib canselor di semua IPT mengambil alih tanggungjawab itu mulai sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment