My Add

Wednesday 5 September 2012

Hillary Clinton, Susilo bimbang krisis Syria


*HILLARY Clinton (kiri) bersalaman dengan Susilo sebelum mereka mengadakan perbincangan dua hala di Istana Presiden di Jakarta, semalam. - AFP

JAKARTA, SELASA, 04 September, 2012: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton hari ini menyentuh isu Syria, program kontroversi nuklear Iran serta beberapa isu lain dalam pertemuannya dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Menurut Menteri Luar, Marty Natalegawa, Clinton pada hari kedua kunjungan ke negara ini menyatakan kebimbangannya tentang situasi di Syria yang boleh mencetuskan ketidakstabilan di Asia Barat.

Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju bahawa Iran mempunyai hak untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan keamanan seperti yang digariskan di bawah perjanjian pengawalan senjata nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Bagaimanapun, Iran sama seperti negara lain perlu mematuhi kewajipannya, memandangkan pemerolehan terhadap senjata nuklear menjadi kebimbangan banyak pihak," katanya.

Indonesia merupakan negara kedua dikunjungi Clinton dalam rangka lawatannya ke negara-negara Asia selepas Cook Islands.

Beliau selepas ini dijadual melawat China, Timor Leste, Brunei dan Rusia serta dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) di Vladivostok, Rusia pada minggu ini. - DPA

No comments:

Post a Comment