My Add

Wednesday 5 September 2012

Malaysia, Brunei jalin kerjasama ekonomi

a


*NAJIB Tun Razak (duduk kanan) dan Sultan Hassanal Bolkiah (duduk kiri) mengetuai kedua-dua delegasi Malaysia dan Brunei pada majlis taklimat oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA, SELASA, 04 September, 2012: Malaysia dan Brunei hari ini melakukan pertukaran dokumen mengenai jalinan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Dokumen perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Brunei diwakili Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Pehin Datuk Lim Jock Seng kelmarin.

*SULTAN Brunei mengadakan lawatan rasmi selama 2 hari bermula 3 September hingga 4 September 2012. - Foto Bernama

Penyerahan dokumen itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Acara pertukaran dokumen dilakukan antara Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang mewakili Mustapa manakala Brunei oleh Jock Seng.

Sultan Brunei mengadakan lawatan kerja ke Malaysia sempena rundingan tahunan selama dua hari mulai semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment