My Add

Tuesday 11 September 2012

Iskandar tarik pelabur Indonesi

Oleh Saharudin Musthafa
JAKARTA, ISNIN, 10 September, 2012: Peningkatan usaha mempromosi Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia) di selatan Johor dilihat bakal menarik perhatian lebih ramai pelabur dari Indonesia.

Pelabur-pelabur Indonesia dijangka bakal memberi tumpuan pada wilayah berkenaan merangkumi empat sektor utama ekonomi iaitu pembangunan hartanah (perhotelan), kewangan, logistik dan penjagaan kesihatan.

Pandangan ini disuarakan Penasihat Ekonomi di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Syahril Syazli Ghazali yang optimis usaha menggandakan promosi Iskandar Malaysia akan menawarkan banyak manfaat untuk kemajuan wilayah itu pada masa depan.

Syahril merujuk kepada penyertaan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dalam pameran dan persidangan Zon Perniagaan dan Pelaburan Islam (BIZ) yang akan diadakan di sini pada 13 hingga 16 September ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment