My Add

Monday 3 September 2012

Kerajaan semak semula struktur cukai eksport minyak sawit

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 September, 2012:: Kerajaan akan menyemak semula struktur cukai eksport minyak sawit untuk kekal berdaya saing dalam industri, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datuk Hamzah Zainudin, hari ini.


Beliau berkata yang kerajaan telah mengkaji struktur cukai dan akan membuat pengumuman sebaik sahaja kajian itu dimuktamadkan.

"Kita perlu adil kepada semua peserta industri dan kita perlukan lebih masa untuk menimbangkan semua faktor sebelum membuat apa-apa pengumuman," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Program Familiarisasi Minyak Sawit yang ke-32 di sini hari ini.

Hamzah bagaimanapun enggan memaklumkan bilakah kerajaan akan mengumumkan struktur cukai baru itu.

Malaysia dan Indonesia adalah pembekal utama dunia minyak sawit.

Pada masa ini, Indonesia mengenakan 19.5 peratus cukai eksport untuk minyak sawit mentah (MSM), sementara Malaysia mengenakan 30 peratus selepas had bebas cukai 3.6 juta tonne, sekali gus meletakkan Malaysia di kedudukan yang kurang baik.

Para penapis Indonesia turut mendapat MSM, bahan mentah dan produk sampingan minyak sawit yang lebih murah.

Hamzah juga berkata kerajaan telah mengenal pasti minyak sawit sebagai antara Bidang EKonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau berkata industri minyak sawit adalah penyumbang pendapatan tukaran asing yang penting untuk negara dengan pendapatan eksport meningkat daripada RM14.9 bilion dalam tahun 2000 kepada RM80.4 bilion tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment