My Add

Friday 21 September 2012

'Kerosakan' sudah berlaku - TPM
*MUHYIDDIN Yassin diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) Datuk Jebasingam Issace John (tiga dari kanan) semasa melawat pameran Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) pada Ekspo China-ASEAN Ke-9 di Nanning, China, semalam. - BERNAMA

NANNING (China), 20 September, 2012: Tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung kenyataannya mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims tidak berupaya memperbetulkan 'kerosakan' yang ditimbulkan olehnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Koo Ham itu menggambarkan sikapnya yang tidak sensitif dan tidak menghormati Islam.

"Kerosakan sudah berlaku. Sepatutnya dia orang Malaysia, katanya parti dia iaitu DAP untuk semua kaum, tapi dia tak faham sensitiviti agama kerana hal yang berbangkit itu dekat pada orang Islam.

"Bila ada pihak menghina Islam, patutnya DAP kalau nak berjuang untuk Islam dan Malaysia, dia harus memahami yang perkara ini tidak boleh dipandang ringan," katanya selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada Ekspo China-ASEAN Ke-9 di sini hari ini.

Menurutnya, jika ada pihak yang mahu membuat demonstrasi kerana marah berikutan kenyataan Koo Ham itu, ia adalah reaksi semula jadi.

Ini kerana jelasnya, pemimpin DAP itu langsung tidak memberi pertimbangan kepada hati dan perasaan umat Islam.

"Saya tak tahu sama ada itu gambaran sikap DAP atau Koo Ham sebenarnya. Ia amat mendukacitakan kita. Dia dah tarik balik tapi kerosakan sudah berlaku, jadi kita tahu tembelang dia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment