My Add

Monday 10 September 2012

Kertas siasatan pijak gambar pemimpin ke Peguam Negara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 September, 2012:: Kertas siasatan kejadian memijak gambar pemimpin negara dan menukar Jalur Gemilang ketika Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu, sudah diserahkan kepada Peguam Negara hari ini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata hasil siasatan yang diserahkan pagi tadi itu adalah untuk semakan lanjut pejabat Peguam Negara. 

"Biarkan kertas siasatan sudah dihantar ke Peguam Negara, polis masih mengesan seorang wanita tempatan yang bertindak memijak gambar pemimpin negara ketika perhimpunan berkenaan," katanya. - BH


No comments:

Post a Comment