My Add

Monday 10 September 2012

Kerajaan setuju MAHSA naik taraf jadi universiti: PM

PUCHONG, ISNIN, 10 Septembe, 2012: Kerajaan hari ini bersetuju menyerahkan jemputan rasmi kepada Akademi Perubatan dan Sains Kesihatan (MAHSA) Sdn Bhd bagi menaik taraf status Kolej Universiti kepada Univesiti yang akan dikenali sebagai Universiti MAHSA.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia adalah jemputan rasmi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membolehkan Kolej Universiti MAHSA untuk terus berkembang menjadi sebuah universiti swasta dengan dilengkapi kampus baru yang lebih besar pada masa depan.

"Saya berharap supaya pertukaran Universiti MAHSA ini dapat direlisasikan tidak lama lagi," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah kampus baru kolej berkenaan di Bandar Saujana Putra, di sini, hari ini.

Najib juga menggesa kolej perubatan tempatan mengkaji semula kurikulum yang ditawarkan kepada pelajar bagi membantu mereka menjadi pengamal perubatan yang baik, selamat dan berdaya maju.

Perdana Menteri berkata langkah serius perlu dilaksanakan bagi memastikan pelajar yang dilahirkan memiliki pengetahuan perubatan yang diperlukan di samping kemahiran klinikal, psikososial, komunikasi dan kemahiran individu.

Selain itu, katanya, kolej perubatan swasta disaran memperuntukkan pelaburan bagi tujuan penyelidikan supaya mereka berada setaraf dengan kolej perubatan awam di negara ini.

1 comment:

  1. Harga homestay antara yang termurah di Shah Alam & Klang hanya RM180 untuk 2H1M termasuk FREE internet UNIFI 24jam sehari

    Rumah teres setingkat dan lot tepi berdekatan taman permainan kanak2 dan boleh parking kereta lebih dari 2 buah kenderaan.

    ReplyDelete