My Add

Saturday 8 September 2012

Ketua-ketua ekonomi APEC mula bermesyuarat

VLADIVOSTOK, SABTU, 08 September, 2012: Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin APEC 2012 bermula di sini, hari ini, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertai 20 ketua-ketua ekonomi lain hari ini bagi membincangkan perkembangan di rantau Asia Pasifik dan hala tuju masa depan mereka.

Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan presiden negara tuan rumah, Russia, Vladimir Putin awal hari ini.

Beliau juga bertemu dengan tiga ketua ekonomi lain, iaitu Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.

Pada Ahad, beliau dijangka bertemu dengan Setiausaha Negara AS Hillary Clinton, Presiden Filipina Benigno Aquino dan Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda.

Meskipun kedudukan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ialah sebagai platform bagi menetapkan hala tuju dan kerjasama perdagangan di kalangan anggotanya bagi pembangunan dan kemajuan ekonomi bersama, dalam persekitaran tidak terikat, acara tahun ini sama seperti sebelumnya, akan terus melihat isu bukan perdagangan lain dibincangkan di luar dari sidang kemuncak itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment