My Add

Saturday 8 September 2012

Rakyat Selangor berhak tuntut janji air percuma di mahkamah

KUALA LUMPUR, SABTU, 08 September, 2012:: Rakyat khususnya pengguna air di Selangor yang masih tidak menikmati subsidi air percuma seperti yang dijanjikan kerajaan negeri berhak membuat tuntutan di mahkamah, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, berdasarkan janji yang dibuat oleh kerajaan negeri, terdapat asas undang-undang untuk mencabar kerajaan negeri kerana telah membuat pengharapan yang sah kepada rakyat Selangor bahawa mereka berhak mendapat air percuma.

"Ini manifesto atau janji yang telah dibuat pakatan rakyat dan janji itu pula saya lihat terbahagi kepada yang terikat dari segi undang-undang dan yang secara moral. Jadi kerajaan negeri perlu lihat perkara ini.

"Janji yang diberikan kerajaan negeri itu saya lihat lebih kepada dari segi moral dan keadilan, kepada rakyatlah yang patut diberi keadilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Pertanian ke-2 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment