My Add

Monday 3 September 2012

Lagi Jalur Gemilang diturunkan MPPP

PULAU PINANG, AHAD, 02 September, 2012: - Tindakan biadab Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan Jalur Gemilang di negeri ini berulang lagi, tidak sampai 24 jam selepas kejadian pertama berlaku di Paya Terubong, Ayer Itam, awal pagi semalam.

Kali ini, puluhan bendera Malaysia yang dipasang bersama bendera Barisan Nasional (BN) sempena Program Semboyan Dibunyikan anjuran BN Bukit Bendera diturunkan oleh anggota penguat kuasa MPPP dengan alasan arahan pihak atasan.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow yang merasmikan program itu nyata tidak dapat menahan perasan marahnya sambil menyifatkan MPPP sebagai bodoh.

"Saya masih boleh terima jika mereka menurunkan bendera BN, tetapi apabila Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia diperlakukan sedemikian rupa, ia sudah melampau," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment