My Add

Friday 14 September 2012

Langat 2: Kerajaan Selangor bertanggungjawab jika gagal

KOTA BHARU, JUMAAT, 14 September, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertanggungjawab sekiranya Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) gagal dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komitmen Kerajaan Pusat adalah jelas untuk meneruskan projek tersebut bagi mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini dikatakan sudah mencapai tahap kritikal.

Beliau berkata, mengambil kira kepentingan rakyat, Kerajaan Pusat tidak boleh menunggu persetujuan daripada kerajaan PKR Selangor yang berkeras menentang pelaksanaan projek tersebut.

Ini kerana katanya, laporan daripada pakar-pakar menjangkakan bekalan air di ketiga-tiga kawasan terbabit akan meruncing menjelang 2015 atau 2016 sehingga boleh mencetuskan keadaan darurat sekiranya loji tersebut tidak dibina segera.

"Kalau nak tunggu dia (kerajaan PKR Selangor), setahun lagi baru nak tunggu tender, mungkin tak siap dalam tempoh masa itu, sebab itu keputusan Jawatankuasa Kabinet dibuat untuk kita meneruskan, tawaran (tender) akan dimulakan daripada sekarang.

"Dalam masa sama kita minta kerajaan negeri bantu, bukan bantu masalah Selangor, (tetapi juga) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kita nak minta mereka mesti bertimbang rasa supaya memberikan kebenarandevelopment order (Perintah Pembangunan) untuk membolehkan kerja-kerja berjalan. Soal politik Barisan Nasional, pakatan tak timbul, ini soal nasib rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment