My Add

Friday 14 September 2012

RM2.5 juta bekal penapis air kepada 500 sekolah di Kelantan

KOTA BHARU, JUMAAT, 14 September, 2012: Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi membekalkan penapis air di 500 buah sekolah di negeri ini untuk mengelakkan pelajar dijangkiti penyakit bawaan air kerana kotor.

Bantuan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas projek perintis yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran di beberapa sekolah di negeri ini, berjaya mengatasi masalah bekalan air tidak bersih atau kotor di sekolah terlibat.

"Saya telah bersetuju supaya sekolah di Kelantan dibekalkan dengan alat penapis untuk pastikan kualiti air bersih untuk pelajar-pelajar di seluruh negeri.

"Kita harap ini boleh mengurangkan masalah air kotor, saya tidak mahu pelajar-pelajar di Kelantan menghidap penyakit yang bersumberkan air kotor," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment