My Add

Wednesday 12 September 2012

Lebih 130 terbunuh kebakaran kilang di Pakistan

KARACHI, RABU, 12 September, 2012:: Lebih 130 mangsa terbunuh dalam kebakaran kilang di dua bandar terbesar Pakistan hari ini, demikian menurut pihak berkuasa negara itu.

Kebakaran membabitkan kilang pakaian Karachi iaitu hanya beberapa jam selepas 21 dilaporkan maut dalam kejadian sama di kilang kasut Lahore.

Ketua Bomba Karachi, Ehtesham Salim berkata, sekurang-kurangnya 110 mangsa terbunuh di Karachi iaitu dalam kejadian yang dianggap terburuk dalam sejarah pelabuhan terletak di Laut Arab.

Beliau berkata, sebilangan besar mangsa mengalami kecederaan apabila mereka cuba menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap bangunan empat tingkat bangunan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment