My Add

Wednesday 12 September 2012

Wanita Indonesia ditemui mati lepas bertengkar dengan lelaki

SHAH ALAM, RABU, 12 September, 2012: Seorang wanita Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh, selepas bertengkar dengan seorang lelaki di rumah sewa mereka di Kampung Baru HICOM, Seksyen 26, di sini, malam tadi.

Mayat wanita berusia 30-an dikenali sebagai Ani itu ditemui terbaring di atas lantai biliknya dengan kecederaan pada bahagian leher oleh rakan penyewa, kira-kira jam 9 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman, berkata polis menerima maklumat kejadian pada jam 9.30 malam dan mangsa didapati sudah meninggal dunia ketika polis tiba di lokasi.

“Siasatan awal mendapati mangsa bertengkar dengan seorang lelaki sebelum ditemui mati dan suspek dipercayai warga Indonesia yang berusia lingkungan 30-an sudah melarikan diri,” katanya kepada pemberita, di sini.

Mazlan berkata, polis belum dapat mengenal pasti senjata yang diguna dalam kejadian itu.

Katanya, siasatan awal polis juga mendapati rumah itu didiami enam warga Indonesia terdiri daripada dua keluarga dan seorang lelaki bujang.

“Polis sedang menjejaki suspek yang bekerja sebagai buruh bagi membantu siasatan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment