My Add

Monday 10 September 2012

Legoland tawar tiket promosi sempena pembukaan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 September, 2012: Sempena meraikan pembukaan rasmi taman temanya pada hujung minggu ini, Legoland Malaysia mengumumkan penjualan tiket sehari terhad kepada para pengunjung.

Pembelian awal tiket itu akan menjamin kemasukan pada 15, 16 dan 17 Sept.

Dengan pembelian awal ini, akan ada juga pemberian percuma kameja-T dan rantai kunci bernilai sehingga RM80.

Tiket khas itu dijual hanya menerusi AirAsiaRedTix.com dan berharga RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak dan warga emas.

Tiket itu hanya dijual bagi tempoh terhad. Butir-butir terperinci boleh didapatkan di laman web Legoland http://www.legoland.com.my/Ticket/Public-Opening-Day/.

"Sambutan minggu pembukaan akan menyaksikan banyak acara menarik diadakan di Leogland dengan pancaragam berkawad dari Denmark, pertunjukan jalanan, persembahan tarian dan bunga api," kata Siegfried Boerst, Pengurus Besar Legoland Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pas tahunan masih dijual pada harga promosi sebelum pembukaan pada RM245 bagi dewasa dan RM180 bagi kanak-kanak dan warga emas sehingga tengah malam 14 Sept. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment