My Add

Wednesday 12 September 2012

Malaysia sasar defisit 3 peratus menjelang 2015

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 September, 2012: Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan defisit perbelanjaan negara kepada tiga peratus menjelang 2015.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sasaran tersebut mampu dicapai sekiranya perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.

"Secara asasnya, apabila kita menyediakan bajet beberapa faktor perlu diambil kira seperti memastikan lebihan operasi dan pengurangan defisit.

"Bagi tahun hadapan kami menyasarkan defisit tersebut dapat dikurangkan kepada bawah 4.7 peratus yang dicatatkan pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Meja Bulat Pemikiran Kepimpinan Ketua Pegawai Kewangan anjuran Asian World Summit (AWS) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi AWS, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment