My Add

Wednesday 12 September 2012

Reman suspek kes bunuh guru al-Quran dilanjutkan

KOTA BHARU, SELASA, 11 September, 2012: Tempoh tahanan reman suspek utama kes pembunuhan seorang guru al-Quran di Kampung Jebak, Jeram, Pasir Puteh pada Khamis lalu yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 18 September depan.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Yusoff Yunus bagi membolehkan polis meneruskan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Sementara itu, suspek yang hadir di mahkamah dengan berpakaian lokap sambil diiringi beberapa anggota polis cuba bertindak agresif terhadap pengamal media yang sedang merakamkan gambarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang Khamis lalu, Wan Kalsom Wan Husin, 68, ditemui mati dalam keadaan terbaring oleh cucunya, Nik Muhammad Irham Razali, 13. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment