My Add

Thursday 27 September 2012

Mansor jangan bercakap bohong

NIBONG TEBAL, RABU,26 September, 2012: UMNO negeri membidas Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman kerana bercakap bohong dan berdolak-dalik meskipun percakapannya didedahkan oleh televisyen malam tadi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebagai orang politik, Mansor perlu bercakap benar kerana rakyat hendak mengetahuinya.

"Saya kesal dengan kenyataan Mansor kerana suaranya yang sedang mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dalam parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang jelas disiarkan di televisyen .

"Dia masih menafikan itu bukan dia dan bukan apa yang dia cakapkan. Kita dalam politik perlu bercakap benar dan ini merupakan satu pembohongan yang nyata,' katanya selepas menghadiri program Salam Sayang anjuran Wanita UMNO di Dewan Perda, Sungai Acheh, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment