My Add

Tuesday 11 September 2012

Masa depan Nasharudin dalam Pas cerah

Nasharudin...kekal sebagai ahli parti dan Majlis Syura

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 September, 2012: Keputusan Majlis Syura Ulama Pas mengekalkan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa memberi gambaran beliau mempunyai masa depan yang cerah di dalam parti.

Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fuad Mohd. Jali berkata, Pas memerlukan seorang tokoh yang berpandangan jauh, fleksibel dan praktikal seperti Nasharudin.

Menurut beliau, pucuk pimpinan Pas menyedari kelebihan yang dimiliki Nasharudin dan popularitinya di kalangan ahli-ahli parti peringkat akar umbi lebih-lebih lagi golongan muda.

''Tindakan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mempertahankan Nasharudin baru-baru ini membuktikan sokongan terhadap Ahli Parlimen Bachok itu masih kuat.

'Sekiranya Nasharudin tidak terus 'diperam' ekoran tekanan golongan tertentu di dalam Pas, saya yakin beliau mampu menyandang semula jawatan Timbalan Presiden," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment