My Add

Tuesday 11 September 2012

Peniaga kecil Padang Kota nafi dakwaan Guan Eng

PULAU PINANG, ISNIN, 10 September, 2012: Kumpulan penjaja kecil di Padang Kota menyangkal dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa sekumpulan peniaga yang pergi ke Rumah Terbuka Aidilfitri DAP baru-baru ini sehingga menimbulkan kekecohan bukan peniaga sebenar.

Peniaga makanan, Siti Noraini Shaari, 35, berkata, dakwaan Guan Eng itu tidak berasas kerana beliau sendiri menyertai puluhan peniaga lain ke rumah terbuka tersebut bagi mendapatkan penjelasan daripada wakil kerajaan negeri berhubung nasib mereka yang ditindas.

"Saya pergi malam itu dengan harapan dapat berjumpa dengan Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim berhubung masa depan kami. Namun gagal kerana beliau enggan keluar.

"Saya ingin maklumkan bahawa yang pergi malam itu benar-benar kumpulan peniaga. Kalau tidak percaya lihat semula rakaman yang disiarkan stesen televisyen dan kemudian datang periksa sama ada kami memiliki gerai atau tidak di sini," katanya selepas mengadakan demonstrasi aman bersama kumpulan peniaga lain di Padang Kota, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment