My Add

Wednesday 19 September 2012

Muhyiddin ke Terengganu Selasa depan

KUALA TERENGGANU, RABU, 19 September, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Selasa depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata, Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan bersama rakyat dalam majlis 'sembang petang' di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di sini. 

Pada sebelah malam, Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual merasmikan seminar pendidik melibatkan pegawai pendidikan dari seluruh negara di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man di sini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment